SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI!!

Selamat Datang diucapkan kepada semua pengunjung blog rasmi program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti ini. Segala komen, cadangan dan teguran boleh dikemukakan terus di blog ini dan juga ke e-mail penulis - debatmelayu100jam@yahoo.com. Selamat melayari laman ini. Terima Kasih.

Sunday, December 17, 2006

TERKINI...

HARAP MAKLUM BAHAWA PIHAK KAMI MASIH LAGI MENERIMA RESPON PENYERTAAN
DARIPADA ANDA... JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA KEPADA PROGRAM INI.

DENGAN INI HARAP MAKLUM BAHAWA
PELARASAN TERAKHIR BAGI JADUAL TERPERINCI GILIRAN TERKINI DEBAT 100 JAM TANPA HENTI SEDANG DISELARASKAN UNTUK KEMUDAHAN DAN KESELESAAN SEMUA PESERTA.

JADUAL BERKENAAN AKAN DIPAMERKAN DI BLOG INI SELEWAT-LEWATNYA JAM 5.30 PETANG ESOK, 18.12.2006.

HARAP MAKLUM.

8 comments:

Anonymous said...

salam.

pertama sekali, tahniah kepada pihak penyelaras danpenganjur atas penganjuran program ini. saya akui, ia bukanlah suatu yg mudah.

cuma, sedikit pandangan ikhlas daripada saya... url (alamat laman web/blogspot) ini terlalu panjang. sukar untuk pelayar internet mengingatinya.

TQ.

blog moderator said...

salam sdr iwan

terima kasih di atas perhatian dan sokongan anda. doakan kejayaan penganjuran kami :)

mengenai url (alamat laman web/blogspot)yg t'lalu pjg - ya, kami akui ia agak sukar utk diingati. inysaAllah, nasihat/pandangan/teguran ini akan kami perbaiki utk program2 lain kelak. terima kasih.

Anonymous said...

salam...

saya sememangnya berminat terhadap acara ini..bolehkah saya sekadar melihat/menonton acara perdebatan sewaktu ianya berlangsung?..
adakah terdapat sebarang kekangan terhadap penonton??

blog moderator said...

salam kpd anonymous,

terima kasih di atas minat anda terhadap program kami. anda dialu-alukan datang ke tempat perdebatan sewaktu ia berlangsung. pihak kami tidak mempunyai sebarang kekangan terhadap penonton - cumanya para penonton diharap dapat datang dengan berpakaian kemas (smart casual) dan menjaga sahsiah rupa diri serta kelakuan.

terima kasih :)

Anonymous said...

bolehkah pihak moderator memberitahu cara hendak pergi ke tempat pertandingan dgn terperinci..
adakah ia berdekatan dgn LRT/BAS?

Anonymous said...

salam...

pertama sekali, tahniah kepada pihak yang telah sedaya upaya menyelaraskan dan mengendalikan program ini... walaupun belum bermula, tetapi nampak juga sinar kejayaan di salah satu sudut...

cuma, saya inginkan jadual penuh debat agar tidak tekeliru dengan perjalanan yang telah kami rancang... lagipun kami adalah pelajar yang luar dari lembah kelang, ia menjadi satu masalah kepada kami...

harap diambil perhatian... diharap agar jadual dapat dikeluarkan secepat mungkin, walaupun sekarang telah menunjukkan pukul 830pm (hari yang sama sepatutnya jadual keluar pada 530 pm)...

TQ.

blog moderator said...
This comment has been removed by the author.
blog moderator said...

a'kum & salam sejahtera.

jutaan terima kasih di atas sokongan anda terhadap program kami. kami menghargai setiap sokongan yg ada :)

(1) kepada anonymous 1 -
antara cara hendak pergi ke tempat pertandingan ialah anda bolehlah mengambil LRT/Monorel ke Stesen Hang Tuah. Jarak masa berjalan kaki daripada stesen Hang Tuah ke DBP ialah lebih kurang 10minit.

Selain itu, anda juga boleh mengambil teksi ke DBP - maklumkan kepada pemandu untuk ke Jalan Dewan Bahasa.

Sila hubungi pihak kami sekiranya anda masih keliru/ragu2 (saudara sam - 0176099247).

------------------------------

(2) kepada anonymous

pihak kami sudah beberapa kali cuba poskan jadual penuh debat namun ada masalah 'failure in sending'. mohon maaf di atas kesulitan yg timbul.

utk sebarang pertanyaan secara terus, sila berhubung dengan pihak kami di talian 017-6099247 (saudara sam).