SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI!!

Selamat Datang diucapkan kepada semua pengunjung blog rasmi program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti ini. Segala komen, cadangan dan teguran boleh dikemukakan terus di blog ini dan juga ke e-mail penulis - debatmelayu100jam@yahoo.com. Selamat melayari laman ini. Terima Kasih.

Monday, December 18, 2006

PERHATIAN KEPADA PARA PESERTA...

PENGUMUMAN!!!!

PENDAFTARAN DITUTUP!

Jutaan terima kasih diucapkan di atas sokongan, kerjasama, perhatian dan kesabaran anda semua terhadap program kami ini. Pihak kami amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan demi menjayakan program ini.

Ingin kami maklumkan di sini bahawa mulai jam 3.00 petang ini (18/12/06) tadi, pihak kami sudah berhenti menerima penyertaan program secara online dan manual kerana penyertaan untuk kesemua 100 jam debat sudah dipenuhi.

Kepada yang sudah berdaftar, pihak kami sudahpun mulai menghubungi pihak anda di talian-talian yang diberikan di dalam borang penyertaan online. Harap
bersabar. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan pihak kami
di talian 017-6099247/0163706908 (saudara sam). Pihak kami juga mengalu-alukan kedatangan anda ke tempat perdebatan untuk urusan pendaftaran lanjut.

Kepada yang tidak sempat mendaftar, anda bolehlah mencuba nasib untuk
mendaftar secara 'walk in' - mana tahu, nasib mungkin menyebelahi anda :)

Jumpa anda di sana!!!! :)

5 comments:

Anonymous said...

saya salah seorang yang telah mendaftar (usmkk)
saya berpuas hati setakat ini tetapi saya berharap agar dapat melihat jadual perlawanan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan..
terima kasih atas usaha yang begitu mantap ini..

:)

Anonymous said...

sehingga ke saat ini,saya masih tidak mendapat pengesahan apakah pasukan kami diterima menyertai program ini atau tidak.justeru,mohon justifikasi daripada pihak penganjur memandangkan kami berada di luar Kuala Lumpur.

Alumni DPA melaka

novaadila said...

kate nk display jadual kul 5.30..

nape xde lagi ni.. harap dpt tunjuk cepat ek!

Anonymous said...

salam..
kepada penganjur,sehingga ke saat ini (selasa 19disember06) saya tidak mendapat apa2 pengesahan mengenai penyertaan pasukan saya,samada melalui emel ataupun panggilan telefon..dan saya kira ini bukanlah sesuatu yang boleh tidak disengajakan,memandangkan kami adalah pasukan di luar kuala lumpur.saya kira masalah-masalah seumpama ini akan menyebabkan pelbagai masalah susulan akan timbul.

harap penganjur mengambil berat masalah-masalah ini.saya percaya bukan sahaja pasukan saya,tetapi mungkin ada lagi pasukan2 lain yang menghadapi masalah yang sama.

blog moderator said...

a'kum & salam sejahtera.

(1) kpd anonymous USMKK & alumni dpa melaka - pihak kami telahpun menghubungi wakil pihak anda untuk penetapan penyertaan lebih kurang 30min yg lalu dan ianya sudah selesai. mohon maaf di atas sebarang kekeliruan.

(2) kpd sdri adila - pihak kami sudahpun cuba utk display jadual namun ada masalah teknikal - failure in sending. kami masih lagi berusaha utk poskan jadual yg ada di blog. mohon maaf di atas sebarang kesulitan.

(3) kpd anonymous - sila berhubung terus dengan pihak kami di talian 017-6099247 (saudara sam) - pihak kami tidak dpt mengesan siapa anda sebab kami ada ramai peserta dari luar kuala lumpur. pihak kami juga gagal menghubungi sekumpulan peserta apabila no hp yg diberi tidak betul. mohon maaf.