SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI!!

Selamat Datang diucapkan kepada semua pengunjung blog rasmi program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti ini. Segala komen, cadangan dan teguran boleh dikemukakan terus di blog ini dan juga ke e-mail penulis - debatmelayu100jam@yahoo.com. Selamat melayari laman ini. Terima Kasih.

Saturday, December 23, 2006

ALHAMDULILLAH...



alhamdulillah...
rekod baru dunia perdebatan Bahasa Melayu telah tercipta!
100 JAM 10 MINIT 44 SAAT
(debat bermula pada 19/12/06 jam mulai 10.30 am & tamat pada 23/12/06 jam 2.40pm)

SYABAS kepada semua yang terlibat khasnya kepada penganjur utama Dewan Bahasa & Pustaka dan Universiti Teknologi MARA dan kesemua pendebat yang turut serta.

terima kasih kepada semua :)

REKOD DEBAT BAHASA MELAYU 100 JAM TANPA HENTI - kejayaan kita bersama.

------------------------------------------------------------------------------------------
p.s. pada kali ini, hanya gambar-gambar sahaja yang akan di'upload' di blog ini - insyaAllah, maklumat lain seperti t-shirt edisi terhad debat, sijil, lain-lain gambar sekitar program, tajuk-tajuk debat, nama-nama organisasi yang turut serta akan disiarkan dalam tempoh sehari dua lagi. terima kasih.
---------------------------------------------------------------------------------------------



Friday, December 22, 2006

MENUJU PUNCAK...

debaran menjelang penghujung 100 jam...

cemas...
gembira...
airmata...
titisan peluh...
suka duka...
umpama sang ayah menanti kelahiran si anak...
umpama si ibu cemas menunggu pulangnya si anak...

berat mata memandang,
berat lagi pikul yang digalas...

hanya usaha, doa & tawakkal menjadi bekalan.




Perasmian Penutupan

Majlis Perasmian Penutupan...



















corat-coret debat bahasa melayu 100 jam tanpa henti (3)

corat-coret 3
gelagat para pendebat & penonton...



































Thursday, December 21, 2006

corat-coret debat bahasa melayu 100 jam tanpa henti (2)

corat-coret 2
sekitar 50 jam pertama...











corat-coret debat bahasa melayu 100 jam tanpa henti (1)


corat-coret (1)
awal bicara.
debat jam pertama...





Majlis Perasmian...

Selasa, 19 Disember 2006
Sanggar Tun Sri Lanang, DBP, KL
8.00 a.m.
Kedatangan para pendebat & pendaftaran
8.30 a.m.
Kedatangan para tetamu jemputan, pihak akhbar & pendebat
9.00 a.m.
Kedatangan tetamu jemputan khas
YBhg Dato’ Dr Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka
Majlis Perasmian Pembukaan
10.00 a.m.
Debat bermula












Sidang Akhbar

semasa sidang akhbar...
....jutaan terima kasih di atas kehadiran semua
  • Tarikh/Masa: 11 Disember 2006/2.30 p.m.
  • Tempat: Sanggar Tun Sri Lanang, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur


HARAP MAKLUM...

satu lagi pengumuman kepada para peserta...

(1) T-SHIRT EDISI TERHAD program ini akan diserahkan kepada anda selewat-lewatnya pada petang 22/12/2006. mohon maaf di atas keterlewatan ini.

(2) SILA PASTIKAN bahawa anda semua sudahpun mengisi borang penyertaan dan menyerahkannya kepada pihak AJK terbabit. Ini adalah untuk pengemaskinian penyertaan serta urusan penghantaran sijil penyertaan kepada anda kelak. Sila peruntukkan masa sekurang-kurangnya 2-3 bulan untuk proses penyediaan dan penghantaran sijil - harap maklum akan masa 2-3 bulan tersebut kerana ini melibatkan pengesahan yang teliti daripada pihak pengeluar/pengesah rekod yang terbabit. Sila layari laman web untuk pengumuman terkini.

Kepada Para Peserta...

KEPADA PARA PESERTA DEBAT
BAHASA MELAYU TANPA HENTI 100 JAM

Terima kasih di atas sokongan dan kesabaran anda bersama-sama kami setakat 50 jam yang pertama ini...

Terima kasih kerana walaupun pihak kami ada menyediakan tempat penginapan, namun, demi cinta dan minat anda terhadap debat serta komitmen dan sokongan terhadap program ini, kami terharu ada peserta yang sanggup hanya tidur di surau -

"lebih mudah, tidak perlu ulang-alik"
"lebih senang nak debat kalau tinggal di surau"
"boleh berjaga malam bersama-sama rakan-rakan lama dan baru"
"sesambil lepak-lepak memberi sokongan kepada peserta lain boleh minum milo/kopi panas dan makan mee" :)

- begitulah antara respon yang diberikan anda.

Terima kasih - InysaAllah, pihak kami akan sentiasa berusaha gigih memberi dan menyediakan yang terbaik untuk anda.

sehingga 50 Jam pertama....

50 JAM PERTAMA
ke gunung sama didaki...
alhamdulillah... berkat doa, usaha, kesabaran, sokongan, kerjasama padu daripada para peserta, rekod debat Bahasa Melayu tanpa henti bagi 50 jam yang pertama berjaya dilakari. setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta & para penganjur dan lain-lain individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam pengendalian/pengelolaan acara mencipta rekod ini.

50 JAM KEDUA
ke lurah sama dituruni...
insyaAllah, usaha dan kesabaran akan ditingkatkan bagi 'menakluki' 50 jam kedua - seterusnya memahat nama di Malaysia Book of Records dan Guinness World Records, insyaAllah.

Doakan kejayaan kami.
100 JAM TANPA HENTI pasti dalam genggaman.
Milik bersama semestinya...

Monday, December 18, 2006

PERHATIAN KEPADA PARA PESERTA...

PENGUMUMAN!!!!

PENDAFTARAN DITUTUP!

Jutaan terima kasih diucapkan di atas sokongan, kerjasama, perhatian dan kesabaran anda semua terhadap program kami ini. Pihak kami amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan demi menjayakan program ini.

Ingin kami maklumkan di sini bahawa mulai jam 3.00 petang ini (18/12/06) tadi, pihak kami sudah berhenti menerima penyertaan program secara online dan manual kerana penyertaan untuk kesemua 100 jam debat sudah dipenuhi.

Kepada yang sudah berdaftar, pihak kami sudahpun mulai menghubungi pihak anda di talian-talian yang diberikan di dalam borang penyertaan online. Harap
bersabar. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan pihak kami
di talian 017-6099247/0163706908 (saudara sam). Pihak kami juga mengalu-alukan kedatangan anda ke tempat perdebatan untuk urusan pendaftaran lanjut.

Kepada yang tidak sempat mendaftar, anda bolehlah mencuba nasib untuk
mendaftar secara 'walk in' - mana tahu, nasib mungkin menyebelahi anda :)

Jumpa anda di sana!!!! :)

Sunday, December 17, 2006

TERKINI...

HARAP MAKLUM BAHAWA PIHAK KAMI MASIH LAGI MENERIMA RESPON PENYERTAAN
DARIPADA ANDA... JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA KEPADA PROGRAM INI.

DENGAN INI HARAP MAKLUM BAHAWA
PELARASAN TERAKHIR BAGI JADUAL TERPERINCI GILIRAN TERKINI DEBAT 100 JAM TANPA HENTI SEDANG DISELARASKAN UNTUK KEMUDAHAN DAN KESELESAAN SEMUA PESERTA.

JADUAL BERKENAAN AKAN DIPAMERKAN DI BLOG INI SELEWAT-LEWATNYA JAM 5.30 PETANG ESOK, 18.12.2006.

HARAP MAKLUM.

Friday, December 15, 2006

STRUKTUR/FORMAT DEBAT ALA-PARLIMEN MALAYSIA...


STRUKTUR PERDEBATAN DEBAT ALA-PARLIMEN MALAYSIA
1. Usul perdebatan akan dimaklumkan 30 minit sebelum perdebatan. Sebarang masa perjalanan ke tempat perdebatan termasuk dalam 30 minit berkenaan. Semua pasukan diharapkan dapat menepati waktu.

2. Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala-Parlimen Malaysia.

3. Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan Kerajaan (pencadang) dan Pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang pendebat dan seorang pendebat simpanan.

4. Pasukan Kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan 2 anggota kerajaan manakala pasukan Pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang dan dua anggota pembangkang.

5. Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak Kerajaan dan Pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua daripada pihak masing-masing.

6. Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti yang berikut:

Ucapan Substantif
Perdana Menteri/pencadang pertama - 7 minit
Ketua Pembangkang/pembangkang pertama - 7 minit
Anggota Pertama Kerajaan/pembangkang kedua - 7 minit
Anggota Pertama Pembangkang/pembangkang kedua - 7 minit
Anggota Kedua Kerajaan/pencadang ketiga - 7 minit
Anggota Kedua Pembangkang/pembangkang ketiga - 7 minit

Ucapan Gulungan
Gulungan/rumusan Pembangkang - 4 minit
Gulungan/rumusan Kerajaan - 4 minit


7. Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan / meminta penjelasan, dan sekali lagi pada satu minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa tamat.

8. Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit yang ketiga dan dua kali apabila tamat masa empat minit.

9. Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran dan akan diminta menamatkan ucapan oleh Yang DiPertua Dewan (Speaker).


PERANAN SETIAP PASUKAN
1. Peranan pihak Kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak Pembangkang terhadap hujahan usul mereka.

2. Peranan pihak Pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi Kerajaan dan jika perlu membina hujahan/kes bangkangan terhadap usul dan membidas hujahan yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan.


FAKTA BARU
1. Tiada sebarang “fakta baru” dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan (Kerajaan atau Pembangkang). Contoh baru ialah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta dikira “baru” kecuali:-

i. Yang telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu
ii. Yang merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan


DEFINISI
1. Tugas memberikan definisi usul perdebatan yang wajar dan boleh dibahaskan ialah hak dan tanggungjawab pihak Kerajaan.

2. Pihak Pembangkang boleh:-
i. Menerima definisi Kerajaan secara keseluruhan/mutlak; atau
ii. Menerima dengan membuat pindaan tertentu; (hanya untuk kategori Bahasa Melayu) atau
iii. Menolak secara keseluruhan/mutlak dan mengemukakan definisi alternatif.
3. Pihak Pembangkang boleh menolak definisi pihak Kerajaan secara keseluruhannya hanya jika:-
i. Definisi pihak Kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul.
ii. Definisi pihak Kerajaan ialah “truistik”, iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional.
iii. Definisi pihak Kerajaan berdasarkan kepada pendefinisian yang terlalu spesifik ataupun yang melibatkan masa dan tempat yang tidak masuk akal.



PENJELASAN/CELAHAN
1. Penjelasan/celahan dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Penjelasan/celahan hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut.

2. Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk menerima atau menolak penjelasan/celahan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan/celahan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius. Dengan ini disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walau bagaimanapun, program perdebatan ini tidak mengenakan had maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan/celahan.

3. Penjelasan/celahan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika penjelasan / celahan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan/celahan hendaklah duduk serta-merta.

4. Penjelasan/celahan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali bagi menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan. Penjelasan/celahan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan.

5. Hanya ahli daripada pihak lawan boleh meminta penjelasan/. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah dengan cara berdiri, mengangkat tangan, membuat permohonan dan sebagainya yang menggunakan cara yang sesuai.

6. Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang ingin meminta penjelasan/celahan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain.

7. Apabila penjelasan/celahan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahulu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan/celahan yang diminta oleh pasukan lawan apabila telah menerimanya.



BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG
1. Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap perlanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti:-
i. Penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam
perdebatan; atau
ii. Pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat
ketiga dan/atau ucapan gulungan; atau
iii. Mana-mana pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat.

2. Menjadi tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang pelanggaran peraturan. Keputusan Yang DiPertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad.

3. Jika bantahan diterima, Yang DiPertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira dari masa pendebat yang sedang berucap. Sebaliknya, jika bantahan ditolak pendebat terbabit akan diberikan masa tambahan bagi menggantikan masa yang telah digunakan semasa bantahan tersebut.


TAJUK PERDEBATAN
1. Tajuk-tajuk bagi setiap pusingan perdebatan akan diumumkan kepada peserta hanya 30 minit sebelum bermulanya perdebatan.

2. Tajuk-tajuk perdebatan pertandingan perlulah merangkumi isu dan bidang yang berlainan secara menyeluruh, contohnya yang merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi, undang-undang sosial, sukan, sains dan teknologi.

3. Tajuk-tajuk perdebatan akan disediakan oleh pihak penganjur.

Wednesday, December 13, 2006

TAMBAHAN INFORMASI... SOALAN-SOALAN POPULAR (FAQs)

Alhamdulillah, pihak penganjur menerima banyak respon yang positif terhadap program ini. InsyaAllah, pihak penganjur akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kelancaran program ini dan memberi yang terbaik kepada para peserta nanti.

Berikut adalah soalan-soalan yang popular/lazim yang kami terima setakat ini. Harap informasi ini boleh dikongsi bersama. Kepada yang bertanya, jutaan terima kasih diucapkan. :) Sokongan anda amatlah dihargai...


----------------------------------------------------------------

(1) Adakah aktiviti ini berbentuk program ataupun pertandingan?kalau pertandingan, apakah ada hadiah yg menanti peserta?
Untuk pengetahuan semua, program ini hanyalah program/aktiviti berbentuk debat antara lain bertujuan untuk mencipta rekod debat paling lama dalam sejarah (Guinness World Records & Malaysia Book of Records) – ianya bukannya pertandingan, jadi tiada hadiah disediakan – pihak penganjur hanya menyediakan makan/minum/penginapan (utk peserta dari luar Lembah Kelang sahaja) dan sebagai tanda penghargaan, cenderahati berbentuk t-shirt edisi terhad Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti dan sijil penyertaan (insyaAllah akan dihantar kepada para peserta sekurang-kurangnya 2 bulan selepas tamat program – ini adalah kerana pihak penganjur perlu berurusan dengan pengesahan rekod daripada pihak berkenaan).


(2) Adakah disediakan tempat penginapan?
Pihak penganjur akan menyediakan tempat penginapan hanya kepada peserta dari luar Lembah Kelang sahaja – perlu diingatkan juga memandangkan para peserta akan datang silih berganti jadi kami akan menasihati para peserta terbabit mengenai jumlah jam penyertaan debat yang bakal disertai dan tempat penginapan.

Sebagai contoh, sekiranya ada peserta datang dari Negeri Johor dan ingin berdebat untuk 3 jam pada 20/12/2006 (e.g. 4pm, 8pm & 11pm), pihak kami akan menyediakan tempat tinggal untuk tarikh 20/12/06 sahaja dan daftar keluar (check-out) dari tempat penginapan pada 21/12/06. Antara sebab kami terpaksa memantau penginapan ialah kami tidak menyediakan penginapan untuk penonton/penyokong – ianya hanya untuk kemudahan para peserta berdaftar program ini sahaja. Selain itu, pihak kami juga mempunyai tempat penginapan yang amat terhad. Harap maklum akan kesulitan ini. Namun begitu, sokongan dan perhatian anda semua amatlah dihargai.



(3) Adakah kami dibenarkan membawa komputer riba bersama untuk kegunaan pencarian maklumat?
Ya. Pihak penganjur tidak mempunyai halangan sama sekali.


(4) Adakah pihak tuan menyediakan pengangkutan ke DBP jika kami berada di Stesen bas? Macam mana kami hendak ke DBP?
Pengangkutan boleh diaturkan - walaubagaimanapun, pihak penganjur hendaklah dimaklumi sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal bagi kami merancang perjalanan perkhidmatan kami. Sila maklumi kami akan lokasi stesen bas anda, jumlah peserta (peserta berdaftar sahaja akan dijemput: minimum 3 orang peserta untuk kemudahan pengangkutan ini, sekiranya jumlah kurang dari 3 orang, pihak penganjur tidak dapat melayani permintaan para peserta – permohonan untuk tujuan yang sama daripada para penyokong dan lain-lain tidak akan dilayan).

Peta dan lain-lain informasi (seperti no bas/komuter/LRT/teksi) untuk sampai ke DBP akan kami poskan di laman blog ini sebelum atau pada hari Jumaat, 15 Disember 2006 ini untuk kemudahan para peserta.

Harap maklum juga bahawa perkhidmatan pengangkutan kami amat terhad. Harap maklum akan kesulitan ini. InsyaAllah, pihak penganjur akan berusaha sebaik mungkin untuk memudahkan perjalanan/penyertaan anda.


(5) Bagaimana cara untuk menghantar penyertaan tersebut?
Penyertaan boleh dibuat secara ‘on-line’ di blog ini. Sekiranya para peserta memilih untuk mendaftar secara manual, mereka bolehlah berbuat demikian dengan hanya perlu memberikan maklumat yang seperti yang tertera di laman blog ini dan emailkan kepada kami di alamat debatmelayu100jam@yahoo.com. Pihak kami akan mendaftarkan penyertaan bagi pihak anda. Sekiranya terdapat sebarang pertindihan di atas masa/hari di kalangan peserta (di mana para peserta memilih untuk berdebat pada masa/hari yang sama/posisi perdebatan yang sama [kerajaan/pembangkang], pihak kami akan menghubungi pihak berkenaan untuk konsultasi lanjut. Kerjasama para peserta amatlah dihargai untuk memberikan nombor telefon untuk dihubungi.


(6) Bagaimana pembahagian giliran (tarikh dan masa) untuk setiap kumpulan membahas?
Pembahagian giliran (tarikh dan masa) untuk setiap kumpulan membahas adalah di atas pilihan para peserta sendiri. Pihak penganjur hanya akan menghubungi pihak yang berkenaan sekiranya ada sebarang percanggahan/pertindihan tarikh/masa/posisi kerajaan/pembangkang (sila rujuk soalan no 5)


(7) Bilakah kami perlu berada di DBP?

Para peserta dinasihat berada di Dewan Bahasa & Pustaka, Jalan Bahasa, Kuala Lumpur (Sanggar Tun Sri Lanang dan Laman Karyawan, Tingkat 2, Menara DBP) sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masa perdebatan yang telah dipilih. Ini ialah penting untuk memudahkan kelancaran urusan pendaftaran/penyemakan kumpulan debat yang ada memandangkan jalan-jalan menghala ke DBP senantiasa sesak – sudah semestinya pihak kami tidak mahu ada peserta yang tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas :)


(8) Boleh tak kalau saya datang pada hari perdebatan yang dipilih sahaja?
Ya, memandangkan para peserta bebas memilih giliran masing-masing.


(9) Bolehkah kami dapatkan tajuk-tajuk yang akan didebatkan?
Tajuk-tajuk perdebatan hanya akan diberi 30 minit sebelum masa berdebat (berdasarkan peraturan Debat Ala-Parlimen).


(10) Maklumat mengenai jadual perdebatan...
Pihak kami akan memaklumkan para peserta dari masa ke semasa mengenai jadual terkini perdebatan. Jadual terkini akan kami poskan di laman blog ini sebelum atau pada hari Jumaat, 15 Disember 2006 ini untuk rujukan dan tindakan lanjut para peserta.


(11) Penyertaan secara individu atau berkumpulan (3 orang)?
Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan secara individu mahupun berkumpulan (3 orang). Sekiranya ada individu-individu berkenaan yang tidak mempunyai rakan debat, pihak penganjur akan menyediakan rakan debat untuk peserta berkenaan.


(12) Saya bukan pelajar universiti, baru selesai menduduki STPM. Bolehkah saya menyertainya debat ini?
Untuk makluman yang berminat, penyertaan ini terbuka kepada semua individu yang berminat :) Pihak kami menghargai minat dan sokongan anda demi menjayakan program ini.


(13) Setiap kumpulan akan berdebat berapa kali? untuk individu perseorangan, tidak ada limitasi penyertaan bagi pendebat yg mewakili pasukan tersebut?
Setakat ini, memandangkan pihak kami menerima sambutan yang menggalakkan daripada individu/kumpulan yang terbabit, maka pihak kami menghadkan bagi setiap kumpulan dan individu yang sama untuk berdebat maksimum 2 kali sahaja. Sebarang pertukaran akan dimaklumkan kemudian.


(14) Tajuk boleh dipilih sendiri atau diberikan secara rawak?
Pihak penganjur akan memberi tajuk kepada para peserta (sila rujuk soalan no. 9)