SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI!!

Selamat Datang diucapkan kepada semua pengunjung blog rasmi program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti ini. Segala komen, cadangan dan teguran boleh dikemukakan terus di blog ini dan juga ke e-mail penulis - debatmelayu100jam@yahoo.com. Selamat melayari laman ini. Terima Kasih.

Wednesday, November 29, 2006

ISTIMEWA BUAT PESERTA DEBAT...

untuk menarik lebih ramai penyertaan,
pihak penganjur akan menyediakan
kemudahan berikut kepada para peserta...

percuma, sudah semestinya :)


(1) kemudahan makan & minum tanpa henti 100 jam :)

(2) t-shirt (edisi terhad) kepada setiap peserta berdaftar :)

(3) sijil penyertaan yang bakal dikeluarkan oleh Malaysia Book of Records & Guinness World Records :)

(4) kemudahan tempat tinggal kepada peserta debat di luar Kuala Lumpur/Selangor/Lembah Kelang :)

(5) lain-lain 'kejutan' akan diberitahu kelak.... :)


PENDAFTARAN DEBAT MELAYU 100 JAM TANPA HENTI...















DEBAT 100 JAM TANPA HENTI
































Tuesday, November 28, 2006

Debat Paling Lama Dalam Sejarah!!

Mari semua sertai dan lakari sejarah bersama
Program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti ...
mulai
19 Disember 2006, jam 10pagi
sehingga

23 Disember 2006, jam 1petang
bertempat di
Sanggar Tun Sri Lanang & Laman Karyawan

Dewan Bahasa & Pustaka
Kuala Lumpur

Monday, November 27, 2006

Tentatif Program

Selasa, 19 Disember 2006
8.00 a.m. Kedatangan para pendebat & pendaftaran (jika ada)
8.30 a.m.
Kedatangan para jemputan
9.00 a.m.
Kedatangan tetamu jemputan khas
YBhg Dato’ Dr Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka
Majlis Perasmian Pembukaan
10.00 a.m.
Debat bermula

Rabu, 20 Disember 2006
Debat berlangsung...

Khamis, 21 Disember 2006
Debat berlangsung...

Jumaat, 22 Disember 2006
Debat berlangsung...

Sabtu, 23 Disember 2006
1.30 p.m. Kedatangan para pendebat & tetamu jemputan
2.00 p.m. Kedatangan tetamu jemputan khas
YBhg Dato’ Dr Firdaus Haji Abdullah, Ketua Pengarah DBP

Menjemput tetamu khas menyaksikan debat akhir (100 jam)
Pengumuman tamat debat Bahasa Melayu 100 jam tanpa henti
Pengesahan daripada Malaysia Book of Records & Guinness World Records
Ucapan
YBhg Dato' Seri Prof Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM
YBhg Dato’ Dr Firdaus Haji Abdullah, Ketua Pengarah DBP

Majlis tamat
Jamuan Ringan

Tulang Belakang Program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti

Penaung: YBhg Dato’ Dr Firdaus bin Haji Abdullah
(Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia)


Penasihat: YBhg Dato' Seri Professor Dr. Ibrahim Abu Shah
(Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA )


Penglibatan



Program ini akan melibatkan penyertaan dari pelbagai institusi seperti berikut:

  • Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta
  • Kolej-kolej Universiti
  • Institusi/Maktab Perguruan
  • Sekolah-sekolah
  • Badan-badan berkanun/swasta
  • Orang perseorangan

Objektif

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk....

Memartabatkan tahap penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia.

Memperluaskan perkongsian intelektual antara semua mahasiswa daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta lain-lain institut pendidikan di seluruh Malaysia di mana aktiviti debat ini boleh menjadi platform kepada pendebat muda dalam mengasah bakat di arena perdebatan.

Mencipta rekod Debat Bahasa Melayu tanpa henti selama 100 jam di Malaysia dan mencatatkannya di dalam Guinness World Records dan Malaysia Book of Records sempena meraikan ulangtahun penubuhan Universiti Teknologi MARA dan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur yang ke 50.

Memperkembangkan seni pengucapan awam supaya ianya menjadi satu langkah yang progresif dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Merapatkan hubungan silaturrahim di antara para pendebat Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dan para pendebat muda di sekolah-sekolah dan organisasi luar seperti Dewan Bahasa.

Memperkenalkan dan mempromosikan pelancongan Malaysia melalui pendidikan secara tidak formal.

Sekilas Pandang...

Perdebatan adalah satu seni pengucapan awam yang berperanan untuk menyampaikan informasi dan dalam masa yang sama dapat mengembangkan pemikiran seseorang individu. Aktiviti perkongsian intelektual melalui Program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti ini merupakan program yang julung kali diadakan sempena ulang tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang ke-50.

Program usahasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dan UiTM dilihat sebagai perantis ke arah memartabatkan Bahasa Melayu selaku bahasa rasmi kebangsaan dan dalam masa yang sama akan memperkenalkan sektor pelancongan Malaysia melalui arena perdebatan. Oleh yang demikian, melalui program seperti ini ianya mampu membentuk bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.