SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI!!

Selamat Datang diucapkan kepada semua pengunjung blog rasmi program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti ini. Segala komen, cadangan dan teguran boleh dikemukakan terus di blog ini dan juga ke e-mail penulis - debatmelayu100jam@yahoo.com. Selamat melayari laman ini. Terima Kasih.

Monday, November 27, 2006

Objektif

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk....

Memartabatkan tahap penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia.

Memperluaskan perkongsian intelektual antara semua mahasiswa daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta lain-lain institut pendidikan di seluruh Malaysia di mana aktiviti debat ini boleh menjadi platform kepada pendebat muda dalam mengasah bakat di arena perdebatan.

Mencipta rekod Debat Bahasa Melayu tanpa henti selama 100 jam di Malaysia dan mencatatkannya di dalam Guinness World Records dan Malaysia Book of Records sempena meraikan ulangtahun penubuhan Universiti Teknologi MARA dan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur yang ke 50.

Memperkembangkan seni pengucapan awam supaya ianya menjadi satu langkah yang progresif dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Merapatkan hubungan silaturrahim di antara para pendebat Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dan para pendebat muda di sekolah-sekolah dan organisasi luar seperti Dewan Bahasa.

Memperkenalkan dan mempromosikan pelancongan Malaysia melalui pendidikan secara tidak formal.

2 comments:

nurliyana binti baudin said...

saya amat mengagumi aktiviti seperti ini.semoga ramai remaja yang mengambil kesempatan baik ini untuk mengisi aktiviti yang terluang. semoga berjaya.

Anonymous said...

terima kasih di atas sokongan anda. marilah sertai beramai-ramai !! jgn lepaskan peluang keemasan ini!!