SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI!!

Selamat Datang diucapkan kepada semua pengunjung blog rasmi program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti ini. Segala komen, cadangan dan teguran boleh dikemukakan terus di blog ini dan juga ke e-mail penulis - debatmelayu100jam@yahoo.com. Selamat melayari laman ini. Terima Kasih.

Monday, November 27, 2006

Sekilas Pandang...

Perdebatan adalah satu seni pengucapan awam yang berperanan untuk menyampaikan informasi dan dalam masa yang sama dapat mengembangkan pemikiran seseorang individu. Aktiviti perkongsian intelektual melalui Program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti ini merupakan program yang julung kali diadakan sempena ulang tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang ke-50.

Program usahasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dan UiTM dilihat sebagai perantis ke arah memartabatkan Bahasa Melayu selaku bahasa rasmi kebangsaan dan dalam masa yang sama akan memperkenalkan sektor pelancongan Malaysia melalui arena perdebatan. Oleh yang demikian, melalui program seperti ini ianya mampu membentuk bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

4 comments:

Anonymous said...

huhuhu....

Anonymous said...

Idea perdebatan ini adalah satu yang baik. Cuma bagaimana perdebatan dijalankan tidak diterang dgn jelas. Bagaimana modus operandi perdebatan tanpa henti yang melibatkan banyak pasukan dan ramai individu?

Noor Azam

Anonymous said...

segala informasi yg penting telah dinyatakan di dalam blog ini. yang selebihnya akan dimaklumkan setelah atau semasa peserta mendaftar. terima kasih :)

Anonymous said...

sangat berhemah sekali moderator ini.hehehehe.^_^