SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI!!

Selamat Datang diucapkan kepada semua pengunjung blog rasmi program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti ini. Segala komen, cadangan dan teguran boleh dikemukakan terus di blog ini dan juga ke e-mail penulis - debatmelayu100jam@yahoo.com. Selamat melayari laman ini. Terima Kasih.

Thursday, March 22, 2007

TERKINI....

assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
& salam sejahtera....

BERTEMU SEMULA DI LAMAN PENUH MEMORI INI :) harapan kami semoga semuanya baik-baik belaka....

TERKINI - harap maklum bahawa sijil penyertaan masih lagi di dalam proses penyediaan - seperti yang telah kami maklumkan dahulu, proses ini mengambil masa jadi harap bersabar :)

InsyaALLAH, kami akan memaklumkan semua yang terlibat sebaik sahaja sijil berkenaan siap. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul.

untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat HEP UiTM - 03-55443551 (Puan Esah).

sekian. terima kasih.

Saturday, December 23, 2006

ALHAMDULILLAH...



alhamdulillah...
rekod baru dunia perdebatan Bahasa Melayu telah tercipta!
100 JAM 10 MINIT 44 SAAT
(debat bermula pada 19/12/06 jam mulai 10.30 am & tamat pada 23/12/06 jam 2.40pm)

SYABAS kepada semua yang terlibat khasnya kepada penganjur utama Dewan Bahasa & Pustaka dan Universiti Teknologi MARA dan kesemua pendebat yang turut serta.

terima kasih kepada semua :)

REKOD DEBAT BAHASA MELAYU 100 JAM TANPA HENTI - kejayaan kita bersama.

------------------------------------------------------------------------------------------
p.s. pada kali ini, hanya gambar-gambar sahaja yang akan di'upload' di blog ini - insyaAllah, maklumat lain seperti t-shirt edisi terhad debat, sijil, lain-lain gambar sekitar program, tajuk-tajuk debat, nama-nama organisasi yang turut serta akan disiarkan dalam tempoh sehari dua lagi. terima kasih.
---------------------------------------------------------------------------------------------



Friday, December 22, 2006

MENUJU PUNCAK...

debaran menjelang penghujung 100 jam...

cemas...
gembira...
airmata...
titisan peluh...
suka duka...
umpama sang ayah menanti kelahiran si anak...
umpama si ibu cemas menunggu pulangnya si anak...

berat mata memandang,
berat lagi pikul yang digalas...

hanya usaha, doa & tawakkal menjadi bekalan.




Perasmian Penutupan

Majlis Perasmian Penutupan...



















corat-coret debat bahasa melayu 100 jam tanpa henti (3)

corat-coret 3
gelagat para pendebat & penonton...